27/11/2015
Seremban - Hatyai
Assalammualaikum..
Selepas 7 bulan aku turun semula ke Thailand. Kali ni trip ke Hatyai bersama-sama geng-geng travel aku.
Kami menaiki train ke Hatyai. Exspress Penisular-Kelas Superior Malam. Harga tiket RM62 dan tiket sudah ditempah sebulan lebih awal. Tiket ke hatyai biasanya sold out. so klu nak beli kene booking sebulan awal.
Ada 2 cara untuk menempah tiket. Boleh beli jer di kuanter ataupun secara online . Kami beli secara walk in sahaja di kuanter sebab stesen keretapi dekat dengan rumah. Tapi tiket kami beli sebulan awal
KTM Seremban - cukup corum |
train ke Hatyai coming |
![]() |
Harga Tiket RM62 |
Koc tidur kelas superior |
port aku |
Tepat pukul 11 pm train pun sampai..memang sharp betul seperti dalam tiket. Ni la Koc Tidur Kelas Superior (ADNS) berkapasiti sebanyak 40 katil atas dan bawah serta kemudahan tandas di setiap koc. Sesuai untuk travel secara berkumpulan dan budget yang tak berapa nak banyak macam aku ni..hehe..
Tapi kalau ada yang nak selesa dan budget lebih korang boleh la amik Kabin Kelas Satu Selesa (ADNFD) ataupun Kabin Kelas Satu 2plus (ADNFB). Boleh Klik kat sini
trains routes Seremban - Hatyai |
Seremban - Hatyai 16 jam beb. Nasib amik koc tidur. Kalau tak sendiri mau ingat la..Aku tak tidur sebenarnya sebab sibuk adjust setting camera aku yang tiba-tiba buat hal. Tengok la gambar-gambar kat atas, hancur !!!
Tak sedar pukul berapa aku terlelap. Yang pasti tak bleh lene tidur dalam keretapi ni..tak tau la kenapa. Nak kata 1st time tak jugak. Dulu tahun 2012 aku naik train Hatyai ke Bangkok kemain tido lena..hehe
Geng-geng lain aku tengok awal-awal dah tarik langsir nak tidur. Tadi sebelum train bergerak, plan nak lepak-lepak la kat kantin train sambil layan kopi :0)..hehe
Di koc ni aku perhatikan takde tempat nak solat,jadi aku rasa kalau nak solat kene solat duduk kot kat bed.
dah masuk area kedah |
bekpes dulu..makan roti jer |
train kafe |
stesen keretapi Padang Besar |
pemeriksaan imigresen dan kastam |
kafe yang berada di tingkat 1 |
Lebih kurang pukul 10 pagi train sudah sampai di Stesen Keretapi Padang Besar. Urusan kastam dan imigresen akan di buat di sini.
Train ke Hatyai juga akan break lebih kurang 1 jam setengah. So semasa turun untuk pemeriksaan kastam dan imigresan pastikan anda tidak tinggalkan barang-barang berharga di train.
Kesempatan yang ada ni, kami breakfast di kafe yang berada di tingkat 1 stesen keretapi. Harga makanan standart la..Tak mahal dan tak murah sangat.
Dah masuk Thailand |
Hatyai city dari tingkat 11 hotel |
Alhamdullilah pukul 12.50pm kami sampai Hatyai. Lege rasanya..15 jam perjalanan, badan dah berlengas dah..Nak check in dan mandi..haha
Kami menginap di Hatyai Central Hotel. Jarak hotel dengan stesen keretapi hanya 650m lebih kurang 10 minit jalan kaki.
Hatyai Central Hotel RM70/malam .ok la hotel ni..kami walk in jer..Tapi jika korang datang Hatyai, aku suggest cari hotel di sekitar Lee Garden Hotel sebab malam kat situ hidup.
Setiap malam selepas pukul 7pm ,ada gerai-gerai makanan dan gerai-gerai menjual barang-barang di buka di sekitar kawasan situ.Nak shopping dan makan pun senang..tak payah amik tuk tuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan