28/11/2015
Khlong Hae Floating Market
Lepas check in kami rehat jap dalam 1 jam setengah. Letak beg,mandi,solat dan baring-baring luruskan tulang belakang :0)..penat woo 15 jam naik keretapi
Plan lepas ni nak ke pasar terapung Hatyai atau lebih di kenali sebagai Khlong Hae Floating Market. Pasar ni jarak dia dari hotel kami dalam 6.2 km . Nak jalan kaki tak dapat la so kami sewa tuk tuk. Aku lupa berape kami bayar untuk tuk tuk ni..kalau tak silap 700 bath kot. Nak ikutkan memang mahal la tapi sebab share ramai-ramai ok jer..Lagi pun tuk tuk agak selesa..selain besar dan selesa, kat seat belakang ada lcd tv..tapi kene layan lagu Thailand la..
Sebenarnya bukan kami tak nak cari tuk tuk yang murah, dah tuk tuk ni terpacak depan hotel pastu dia kawtin plak dengan staff hotel tu so kami amik jer la,..malas nak buat kerek kat tempat orang kan..biasa la driver tu nak hulur jugak kat staff hotel tu..kami deal dengan driver tu hantar kami dan tunggu kami dalam 2 jam lebih..
Tips : Kalau nak tuk tuk murah cari jauh sket dari hotel sebab staff hotel pun nak komisen jugak.Biasanya diaorang ni geng.. Lagi satu kene pandai-pandai la nego dgn driver tuk tuk
Pasar ni hanya di buka pada setiap hari Jumaat,sabtu dan ahad sahaja. So kalau sampai Hatyai hari ahad apa kata anda datang ke sini dulu.
Ni la dia tuk tuk yang kami naik tu |
bro sahak ketua rombongan.. |
Tempat parking tuk tuk |
meja-meja makan yang di sediakan di sana |
ais krim dalam bekas tembikar 30 bath sahaja |
keow tiow tomyam yang sedap giler |
pekene bubur nasi pulak |
bubur nasi pun sedap |
air kelapa dalam bekas tembikar hello kitty |
minuman dalam buluh dan tembikar hello kitty |
Puding susu kastad harga 20 & 30 bath sahaja |
Bagi aku pasar terapung Hatyai ni tak lah "se true" pasar-pasar terapung yang terdapat di Bangkok contohnya Damnoen Saduak, Samchuak Market , Amphawa dan lain-lain lagi. Tak dapat la nak feeling tengok aktiviti-aktiviti perniagaan dan jual beli sambil sampan sedang bergerak.
Di sini sampan-sampan dah siap-siap parking kat tepi. Cuma yang bagusnya, peniaga di sini ramai muslim. So soal makanan halal tu tak la risau sangat. Makanan pun agak murah dan rata-rata harga setiap makanan dalam 30 - 50 bath sahaja.
Banyak juga aku makan kat sini..ais krim dalam bekas tembikar, bubur nasi, keow tiow tomyam, air kelapa dalam tembikar. Semua harga 30 bath setiap satu. Yang penting makanan yang aku amik sedap-sedap belaka. Kene dengan selera aku..haha
Tangga untuk ke pasar atas |
Terdapat 2 bahagian/seksyen di Klonghae Floating Market. Di bahagian bawah iaitu pasar terapung/sampan, majoriti peniaga menjual produk-produk makanan dan minuman.
Manakala di bahagian atas pula,antara produk-produk yang di jual adalah pakaian, cenderamata , produk kraftangan, makanan dan minuman.
Kebetulan masa kami naik ke atas hujan turun dan pergerakan agak terbatas sikit la..
karipap dan samosa |
produk-produk cenderamata |
hujan |
makanan kering |
ok setel berjalan kat pasar terapung Hatyai..on the way nak balik aku beli jagung rebus jap...
memang berbaloi datang kat pasar ni..perut kenyang kos pun jimat :o) ...
ok..chow
Tiada ulasan:
Catat Ulasan