Ahad, 26 Jun 2016

Travel ke Hatyai ( Hatyai Asean Night Market )


28/11/2015

Hatyai Asean Night Market

Projek sebelah malam, apa lagi kalau tak pergi pasar malam... Hatyai Asean Night Market merupakan pasar malam yang terbesar di bandar Hatyai. Terletak di Chotevittayakul 5 Rd, Hat Yai dan di buka 24 jam kalau tak silap.

Pasar ini juga berdekatan dengan Central Festival Mall dan Magic Eye 3D Museum. Kalau nak pergi bagitau aje kat driver tuk tuk..lagi senang. Actually jarak pasar ni dengan hotel kami 2.6 km so memang kene naik tuk tuk la nak pergi. Jauh tu nak jalan kaki

Sedikit info berkenaan dengan tambang / charge tuk tuk di Hatyai.

di sekitar bandar                           = 20 bath / orang
sewa sekitar 4km / 4orang            = 45 bath / perjalanan
lebih 4km / kurang dari 3 orang    = 65 bath / perjalanan
9.00 pm - 5.00 am                         = ikut budi bicara




deal dengan driver tuk tuk nak pick up kami pukul berape

Dalam 20 minit jer dah sampai pasar. Masa bergantung la pada trafik semasa. Aku cadangkan jika korang datang berkumpulan atau ramai-ramai elok la deal awal-awal nak jumpa pukul berape, kat mane kalau-kalau terpisah. Maklum la pasar ni besar. Kalau dah shopping kang takut ada yang lupa diri. Kalau telefon ada line takpe boleh call. Selain tu kalau korang bercadang nak balik dengan tuk tuk yang sama,elok deal awal-awal dengan driver macam kita orang buat ni..






Pasar ni besar giler. Tak tau la ada berapa ratus kedai-kedai kecil di dalam ni. Cari jer apa korang nak.. In shaa Allah ada. Pasar ni terbahagi kepada 2 tingkat.

Tingkat 1 menempatkan kedai-kedai yang menjual barangan seperti kasut,baju,bundle,aksesori wanita,produk-produk make up,gadjet-gadjet,aksesori handphone, aksesori komputer dan banyak lagi.

Apa yang aku survey harga kat sini memang jauh lagi murah dengan harga di Malaysia. Biasa la Thailand, produk-produk pirate memang banyak kan. So produk-produk ni la yang di bawa masuk kat Malaysia. Tu yang harga kat Malaysia mark up banyak tu.










kasut-kasut branded tapi pirate kot..harga jauh murah dari di Malaysia

surau juga di sediakan di sini
seluar track macam ni dekat uptown RM 50-60 tapi kat sini dalam RM 20-25 jer






Ada jugak minuman dan makanan ringan yang di jual di tingkat 1 ni...macam air jus kat gambar bawah ni...Tak lupa,kemudahan surau juga di sediakan di tingkat 1 ni







Tingkat 2 merupakan food court. So kami makan malam di sini..Banyak gerai-gerai makanan halal terdapat di sini. Nak cari apa? pizza,tomyam,nasi goreng,makanan-makanan Thailand, In shaa Allah semua ada kat atas ni.

Malam tu aku pekena nasi beriyani ayam. Harga 50 bath jer. Sedap jugak..Tapi yang paling best pekena telur ikan goreng tepung cecah sos. Peh sedap giler..tak penah rasa kat Malaysia..hehe.Pastu minum plak teh Thailand yang pekat..terbaik

Kat food court ni masalah dia nak tunggu meja dan kerusi kosong tu yang bercinta..Ramai giler orang..Kalau rasa nak makan 1 meja dengan kawan-kawan,agak tipis la...

Sebelum balik aku beli pulut mangga buat bekal makan kat hotel...





pizza


kedai-kedai di tingkat 1
air kelapa  20 bath secawan



telur ikan goreng tepung
nasi beriyani ayam


proses penyediaan teh thailand

pulut mangga
  
 




Shopping dah,makan dah..ok time untuk pulang ke hotel..besok nak gerak ke Koh Lipe..nak rehat dulu..chow

Sabtu, 18 Jun 2016

Travel ke Hatyai ( Khlong Hae Floating Market )


28/11/2015

Khlong Hae Floating Market

Lepas check in kami rehat jap dalam 1 jam setengah. Letak beg,mandi,solat dan baring-baring luruskan tulang belakang :0)..penat woo 15 jam naik keretapi

Plan lepas  ni nak ke pasar terapung Hatyai atau lebih di kenali sebagai Khlong Hae Floating Market. Pasar ni jarak dia dari hotel kami dalam 6.2 km . Nak jalan kaki tak dapat la so kami sewa tuk tuk. Aku lupa berape kami bayar untuk tuk tuk ni..kalau tak silap 700 bath kot. Nak ikutkan memang mahal la tapi sebab share ramai-ramai ok jer..Lagi pun tuk tuk agak selesa..selain besar dan selesa, kat seat belakang ada lcd tv..tapi kene layan lagu Thailand la..

Sebenarnya bukan kami tak nak cari tuk tuk yang murah, dah tuk tuk ni terpacak depan hotel pastu dia kawtin plak dengan staff hotel tu so kami amik jer la,..malas nak buat kerek kat tempat orang kan..biasa la driver tu nak hulur jugak kat staff hotel tu..kami deal dengan driver tu hantar kami dan tunggu kami dalam 2 jam lebih..

Tips : Kalau nak tuk tuk murah cari jauh sket dari hotel sebab staff hotel pun nak komisen jugak.Biasanya diaorang ni geng.. Lagi satu kene pandai-pandai la nego dgn driver tuk tuk

Pasar ni hanya di buka pada setiap hari Jumaat,sabtu dan ahad sahaja. So kalau sampai Hatyai hari ahad apa kata anda datang ke sini dulu.


Ni la dia tuk tuk yang kami naik tu
bro sahak ketua rombongan..




Tempat parking tuk tuk



















meja-meja makan yang di sediakan di sana

ais krim dalam bekas tembikar 30 bath sahaja

















keow tiow tomyam yang sedap giler

pekene bubur nasi pulak



bubur nasi pun sedap


air kelapa dalam bekas tembikar hello kitty

minuman dalam buluh dan tembikar hello kitty

Puding susu kastad harga 20 & 30 bath sahaja







Bagi aku pasar terapung Hatyai ni tak lah "se true" pasar-pasar terapung yang terdapat di Bangkok contohnya Damnoen Saduak, Samchuak Market , Amphawa dan lain-lain lagi. Tak dapat la nak feeling tengok aktiviti-aktiviti perniagaan dan jual beli sambil sampan sedang bergerak.

Di sini sampan-sampan dah siap-siap parking kat tepi. Cuma yang bagusnya, peniaga di sini ramai muslim. So soal makanan halal tu tak la risau sangat. Makanan pun agak murah dan rata-rata harga setiap makanan dalam 30 - 50 bath sahaja.

Banyak juga aku makan kat sini..ais krim dalam bekas tembikar, bubur nasi, keow tiow tomyam, air kelapa dalam tembikar. Semua harga 30 bath setiap satu. Yang penting makanan yang aku amik sedap-sedap belaka. Kene dengan selera aku..haha


Tangga untuk ke pasar atas

Terdapat 2 bahagian/seksyen di Klonghae Floating Market. Di bahagian bawah iaitu pasar terapung/sampan, majoriti peniaga menjual produk-produk makanan dan minuman.

Manakala di bahagian atas pula,antara produk-produk yang di jual adalah pakaian, cenderamata , produk kraftangan, makanan dan minuman.

Kebetulan masa kami naik ke atas hujan turun dan pergerakan agak terbatas sikit la..




karipap dan samosa
produk-produk cenderamata

hujan
makanan kering

















ok setel berjalan kat pasar terapung Hatyai..on the way nak balik aku beli jagung rebus jap...

memang berbaloi datang kat pasar ni..perut kenyang kos pun jimat :o)  ...

ok..chow