Sawadikap :0)..
Ok kali ni nak stori pasal Krabi plak..aku turun bulan 4 hari tu bersama-sama geng-geng kerja. Ni kali ke 2 aku menjejakan kaki ke Thailand..
Krabi sape tak kenal kan?
Syurga perlancongan,tempat honeymoon, backpacker,aktiviti laut,diving,snorkeling,kayak dan macam-macam lagi...memang best..
Pemandangan pun cantik sangat dengan pulau-pulau batu kapur yang terlampau banyak.
Sebelum terlupa..sape staff kerajaan aku nasihatkan sebelum ke luar negara elok la korang isi Borang Permohonan Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Ke Luar Negara/Negara Ketiga Atas Urusan Persendirian (PP 6/2015) .
Pasal apa nak kene isi? Anda akan di cover insurans sehingga RM 300 000..tak mau?
Dari KLIA 2 ke Krabi Airport tak jauh..penerbangan amik masa 1 - 2 jam jika tiada halangan.
Fligt pukul 7 pagi, jam 8.30 dah sampai . Amacam dekat kan?
![]() |
Krabi airport |
![]() |
Lebih kurang pukul 8.30 pagi dah sampai Krabi Airport![]() |
Macam biasa la nak masuk Thailand kene isi arrival card ni sebab dia nak attach dengan pasport kita sepanjang kita berada di Thailand.
Urusan immigration pun tak lama,maklum la waktu pagi..lagi pun orang tak ramai waktu tu..lebih kurang setengah jam dan setel..
Memang aku suggest kan fligt pagi jika plan nak ke Krabi
Kuanter tiket untuk bus dan teksi |
Segala urusan pembelian tiket bus,teksi dan shuttle kene uruskan di dalam kawasan airport. Ada kuanter seperti gambar kat atas. Korang tak payah la nak cari teksi haram,perebet sapu ke..bus mini ke,memang takde..
aku dah cuba cari..ingatkan macam kat Ho Chi Minh ada bus. Kita orang siap kerek lagi masa staff transport tanya nak teksi tak..menonong jer keluar ingatkan nak cari transport murah..last-last masuk balik sebab nampak sign Bus - Taxi Buy Ticket Only Inside ..hehe
Kita orang charter van dengan harga 1050 THB..
Sorang 150THB jer (RM16)..ok la sebab jarak dari airport ke Ao Nang tempat hotel kitaorang dalam 26 km..kalau kat Malaysia pun lebih kurang kot charge macam tu..:0)
Pukul 9.50 pagi dah sampai. Kita orang menginap di Popaye Guest House. Guest house ni bagi aku ok sangat. Berbaloi dengan harga. Usd 50 untuk 3 malam..Wifi ada,bilik pun ok,aircond ada..lagi pun lokasi di tengah-tengah pekan Ao Nang.
Nak check in tak boleh lagi (check in 2pm ) so kita orang plan nak cari tempat breakfast, survey pakej-pakej tour sambil tu merayau-rayau di sekitar pekan Ao Nang.
Ao nang beach |
Port breakfast kami pagi ni Bamboo Restaurant Halal Food. Buat masa ni ni jer restoren yang bukak. Aku pun tak tau kt Ao Nang ni pukul berape dia orang start meniaga . Lagi pun 1st day kan. Mana nak tau port port makan yang lain.
Pagi tu aku pekene nasi goreng udang + tea o. Masakan bagi aku ok la. Harga? agak mahal jugak..
Korang jangan risau wifi available. Lepas dapat password aku tgk meletop-letop handphone budak-budak ni..wasap dgn facebook notification masuk..
Lepas ni ada misi penting plak, nak cari pakej tour. Tak boleh buang masa kalau tak rugi woo..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnpHsGioEmjFtXjoJFgGiom2_1aVJ-xcjVjmsQ8AnFm-pQ7Ety_otqZ4QvY8rpMYszRi78hAAZv_lgofUM0c7I0qQIVbcqHrkjN-J8fyhhe0TRy3ZtYA9eDIoac7x66FRte34Hr-B7uo80/s640/IMG_20150426_120326.jpg)
Tour agent = Rungtawan Tour
Berkenaan harga pakej tour, bagi aku ia sangat subjektif. Bergantung kepada kepakaran anda dalam tawar menawar. Selain itu faktor peak hour memainkan peranan. Jika anda datang pada bukan musin cuti utama mungkin harga-harga pakej akan menjadi murah.
Nasihat saya, pusing habis ke setiap kedai yang menawarkan pakej-pakej tersebut kerana terdapat banyak syarikat yang menawarkan pakej-pakej tour. Lepas tu pandai-pandai la buat keputusan..hehe
Tuk-tuk service |
Tangkap 1 |
kusyuk mendengar taklimat berkenaan water beg |
last-last tak beli kat uncle/auntie nie |
Kalau nak join aktiviti air beg ni wajib beli. |
Kitaorang pun dah tangkap water beg sorang satu setelah melalui proses tawar menawar yang agak hebat.
tangkapan pertama untuk hari pertama..
ok nak check in dulu..penat dah ni...
macam biasa la..
to be continue..hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan