Dari Istana Basa Pagarruyong kami sempat singgah sebentar ke sebuah lagi istana lama iaitu Istana Silindung Bulan. Mengikut ningsih's mobile blog istana ini adalah bekas istana kerajaan Pagarruyong lama. Jarak di antara Istana Silindung Bulan dgn Istana Basa Pagaruyong dekat sahaja. Lebih kurang beberapa ratus meter sahaja. Sebenarnya pak supir kami ada menceritakan sebuah kisah mistik berkenaan istana ini, tapi aku rasa tak payah citer la dlm blog ni sebab kesahihan tidak dapat di pastikan .. :0)..hehe
![]() |
Istana Silindung Bulan, gambar tangkap dari dalam van jer |
Tu dia, kami dah sampai ke tempat makan tepi tasik seperti yang di ceritakan oleh pak supir tadi. Honestly aku dan kawan-kawan mmg kecewa dengan tempat makan ni. Makanan yang di sediakan adalah ala carte sahaja. Rasa tak berbaloi menahan lapar begitu lama. Mmg kecewa tapi nak buat macam mana, layan jer la.
Tempat makan ni terletak di tepi Danau Singkarak. Untuk pengetahuan tasik ini merupakan tasik ke 2 terbesar di Pulau Sumatera dengan keluasan 107,8 m .Sebahagian air dari tasik ini di alirkan di dalam terowong bagi menggerakan generator PLTA Singkarak.
kat belakang tu la danau singkarak |
Anda boleh menyewa perkhidmatan bot untuk mengelilingi tasik |
![]() |
makan dulu |
On the way nak ke Padang. Amacam cantik kan view sawah padi kat sana. Sblm sampai Padang sempat singgah last kedai untuk shopping. Sebenarnya jauh lagi nak sampai Kota Padang..Penat gler rasanya..
![]() |
bergambar dengan tokey kedai sebab dapat bnyk diskaun |
![]() |
Hotel Rankayo Basa |
![]() |
Bilik hotel terbaik |
![]() |
![]() |
Lobi hotel terbaik |
Alhamdullilah lebih kurang pukul 7 lbh baru sampai hotel di Kota Padang. Kali ni hotel yang kami inap selesa sangat.Malam hari di Kota Padang takde aktiviti yang kami boleh buat. Henry supir kami hanya membawa kami makan malam dan round-round di sekitar kota. Malam hari,apa la yang boleh tengok kan..
Malam terakhir kami dibawa ke Restoren Pondok Nelayan. Makan kat sini biasa-biasa sahaja. Kami dijanjikan dengan hidangan laut ala buffet tapi yang ada hanya ala carte. Bagi kami agak mengecewakan sebab dah dua kali terkene :0(..
Jadi aku cadangkan sebelum ke Padang atau Bukittinggi google dulu mana port-port makan,hotel dan tempat lawatan terbaik dan ikut kata hati anda kemana anda ingin pergi. Berdasarkan pengalaman, anda abaikan sahaja cadangan-cadangan yang di lontarkan oleh pak supir kerana cadangan itu memudahkan mereka dan mungkin ada kepentingan sendiri..Kalau tak anda yang kesal.
Macam manapun aku puji, Pak Kamal mmg supir yang terbaik dan kami berpuas hati dengan servis yang diberikan. Cuma ada masalah teknikal yang membuatkan khidmatnya separuh jalan..
Biasa la adat travel..kalau semua berjalan lancar tu site visit namenye..:0)
![]() |
sebelum berlepas jangan lupa bayar tax Rp 100 000 |
Fligt pukul 7 pagi. Seawal pukul 5 lebih kami dan keluar dari hotel. Urusan kat airport sini mudah bagi aku..Bagi jer tips dekat atenden airport semua diaorang setelkan. Berbeza dengan experienced sebelum ini semasa di Vietnam.
Alhamdullilah habis jugak travelog aku..gler berbulan-bulan nak setelkan blog ni..hehe
Kalau ada kekurangan dalam penulisan ini semua dari saya.Pohon ampun dan maaf. Thanks Pak Kamal dan keluarga Henry dan lain-lain.
Assalammualaikum..choww
Tiada ulasan:
Catat Ulasan