Setelah beg dimasukan ke dalam van oleh porter airport (jgn lupa bagi tip kt porter,kami bagi RM 10), kami bertolak ke Bukittinggi. Jarak dari airport ke Bukittinggi sekitar 76 km dan anggaran masa 2 jam. Sebelum itu,kami singgah makan tengah hari di Rumah Makan Lamun Ombak. Restoren ini agak popular dikalangan pelancong. Ini mungkin kerana jaraknya yang dekat dengan airport (18 km) dan yang pastinya masakannya sedap dan murah.
Konsep hidangan restoren di Padang, lauk pauk akan dihidang banyak di atas meja, dan makanan yang di makan sahaja akan dikira. Oleh kerana kami bimbang restoren ini mengenakan charge yang mahal, kami awal-awal lagi dah asingkan lauk-lauk yang tidak mahu di makan.Tapi ternyata charge yang dikenakan murah sahaja.Jadi jika anda terasa nak makan banyak,makan jer sebab restoren ini tidak mengenakan charge yang mahal.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiG9K5QwdgvQT9bnV0TKfLeWsiJYsXE3-s9IoF54VipIkUJv08KFegfAx1a_hTDFZlaEzwXhTW0QukjLP8FP_bQpOZynLIxCTTk9edgMCb13DVdcfLh_tvcP7N_HNNL1odIaIeLhY6sBFDz/s640/IMG_20140618_151052.jpg) |
Surau yang terdapat di Rumah Makan Lamun Ombak |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPlLt2D4AOuh-tejvTSwNEgLOBsGbwZJGRkIvoVIWyFCpv0EzYtfsT-C1gMEE-8I87stJEXcS_u7HVY-N1MkJamjsnksGZGYoxfEIKb29CmObXcVgrn9oecSS3nvzGojlI3jpkJe-Ixqdr/s640/IMG_20140618_151036.jpg) |
Khidmat delivery |
Selepas makan kami meneruskan perjalanan kami ke Bukittinggi. Kami sempat singgah sebentar di salah satu lokasi pelancongan yang dipanggil Objek Wisata Cagar Alam Lembai Anai Air Mancur. Bayaran yang dikenakan untuk masuk sebanyak Rp 3000 (RM 0.81) untuk dewasa dan Rp 2000 (RM 0.54) untuk kanak-kanak.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5gshSLKo6NbcDjq168PJZ-0pgxJM0glw1EOKghxOv9Z0UurecQpX-gqPKweId2_a_GGzBeihWrfmJSvAW563Q33Zj3xLwBy6PpL5mynA2D-1zD7I3BAE-DoxJu8HHfDVDrnF4QPdDxTp3/s640/IMG_20140618_170715.jpg) |
Kedai-kedai yang terdapat di kawasan air terjun. |
Kami berada di kawasan air terjun sekitar 20 minit sahaja. Perjalanan masih jauh, kami meneruskan perjalanan dan singgah di satu kawasan yang terkenal dengan produk tenunan dikenali sebagai Pandai Sikek. Kawasan ini terletak di Kota Padang Panjang, lebih kurang 13 km dari Bukittinggi. Mengikut kata Pak Kamal (pemandu kami) kaum wanita di sini semuanya pandai menenun dan ini merupakan kepandaian dan kemahiran yang diwarisi sejak zaman berzaman.Itu sebab mereka di kenali sebagai "Pandai Sikek".
Antara produk yang boleh di dapati di kedai ini ialah telekung,tudung bawal,jubah,kain-kain sulam,songket,tshirt,cenderahati dan macam-macam lagi. Harga yang diberikan juga agak berpatutan dimana jubah boleh dibeli sekitar RM 20, tudung bawal RM10,kain pasang sulam Bukttinggi sekitar RM 40-50 mengikut kualiti dan corak. Kedai ini juga menerima mata wang Malaysia.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkp5V4b-dHmKPycaaXwCAT9LQlWRYGCc_Vav2VTdTFlp3SFj2vVnSHDhWSc2wuhb_Fw_HNfux0bFrE_s9gSGDjWN5IzD4Vb4He3gJTbBvyuYJ75Vv8AvXctNl_SNzCEBwwapI0mr2AWu_C/s640/_DSC0269.JPG) |
Banggunan Kedai 'Satu Karya Pandai Sikek" |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXNdFeGWWCFhH99sEwmd_S6DvTa4KJkZ5jr-RiNl87sshiZp5zYfh5iTNkVEKdReZWImTX51RS-AFcMyPPwiwyRXTvgGturqv7psVrX-z6UfpwZ0fnadYfqUzuNbTinE6YUiJL7B6mOwWL/s640/IMG_20140618_175216.jpg) |
Pintu masuk utama kedai |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzWtBKjkaTEbBG0Eg1I_1rpEcGyLUdvEwMnpzzKBzKpK0HAWpdJ9UWqXJwT3SxvUJqvmHwaD3K5Lgtn_uZOw9uH-FoAVOpGALyZA0wT_aVtCEnAlY8nzsvfzrKPzoxSXgAB5he64aMb6k1/s640/_DSC0268.JPG) |
Mesin tenun tradisional yang masih digunakan. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCOh4RF0CixW2YmoiTrF_aTmmO2T7HW3PBTmNaSzA9EhR3nTNHqXBVJDCmMYG8RPSyM08bwVj0pvD9QbbZblIJTVAqL92AJfSqpEBFS6EgSLLIz-Coew0ffpYAiNq94GNJ7P7hz-hWxSGz/s640/IMG_20140618_181628.jpg) |
Telekung Sulam |
Sementara geng-geng ibu memilih pakaian dan kain di dalam kedai "Satu Karya Pandai Sikek" aku bersama-sama geng-geng lelaki lepak kat luar untuk melihat pemandangan di sekitar kawasan tersebut.Pemandangan di sini sangat cantik dan mendamaikan. Tanah-tanah di sini sangat subur dan udara segar sekali.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsH80-dBerYHZ53Trs1Kx_nP392BqOm8c4YPcriD_r0wIzt16Fny2Ha3ZrrpZ7HcsaHa5TE5M9wtZQkQW1sJVy6yO4IhVSgEqvQed1d_BsU2ZIAFiSj07P5L59xZgYQMrm91Plk2gTuyUE/s640/IMG_20140618_180058.jpg) |
Kedai cenderamata Pak Datuk |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZGgxKAlGmZ1ZDJH2y3vHiLIU03HbE3ZUUdlFik1pCnLUkE5oVe7TR_yeQh1lMY3Fq4LwaMili2dn9WFdGdl1NoRJ9c-nhibb8v_kch0Pkawwme4Q56Oe9V1uynqnbU8D3UBquF-LYfwWu/s640/IMG_20140618_181811.jpg) |
Surau yang terdapat di belakang kedai Satu Karya Pandai Sikek. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPaNMqoglK4Rhzs8WyF74O8C4Fnldxo3frxhyYLG2di6YDJgPjSVTcShuK3mNfdABehPpWZLDbHure34XkhlNa2A7STbXDOS2hHU-RIADdKQSIXLz6-oqxiSOvVXriUMsnO3OzB5UxJnTm/s640/IMG_20140618_181830.jpg) |
Pemandangan petang yang indah |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjodZTRaJn9TJaV8FVZbu6EYKVI5FUathoeViX3YVFI6eaL7dZsi47BZaMYye7Ltzs4_RPanbcJuvsi0stl0tvpGnjDfpSVZiJ1TW9eJIGKVzSrUfE4Bak8fEhbuM89v7s_Ivm4-ET59ZGa/s640/IMG_20140618_181842.jpg) |
Sawah padi dan kawasan pertanian yang terdapat di belakang kedai |
Kami meneruskan perjalanan ke Bukittinggi memandangkan hari sudah mula gelap.Kami singgah di kedai ke dua yang bernama Selindungan Bulan. Jam sudah 7.30 malam (waktu indonesia) dan mungkin juga kedai sudah mahu tutup, jadi kami hanya membeli sedikit sahaja barangan, lagi pun baru 1st day kan..Tempat-tempat lain tak survey lagi..hehe. Apa yang boleh di katakan harga pakaian di kedai ini berpatutan lebih kurang sama dengan kedai Satu Karya Pandai Sikek.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDIRgtWzprRl9FhmknE5dhYewbIOgZqOTLeprMwxQMFYTidWeqJ4k5Hg370JwFxPsP1BoY54GONONGR7Fcv4vyeFI5BkVSp5pWAASuPoZE1NYSt55l9ej-lm7iMRWEdzkL6tzK21yjsH0F/s640/IMG_20140618_185318.jpg) |
Kedai Selindungan Bulan |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxIp72R75M-19fXEfjmsAdNFo-YBQfWT9VWFU9RI9M2uRyNqZ0cPRUlEq0ckcK1Ur0dfQGT3Vs0QfwBquSNQw_Pe2Hj_F9GMR6EW003zq1Ep07jWZ3PLUagJ5i4yGl8RJJUBju8Qk9pJez/s640/IMG_20140619_211555.jpg) |
Port terakhir kami sebelum ke hotel, restoren bernama "Wadjan Resto" |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitfE0h1xbmiLxt92YzJKsQdbSaPfqH-hBiCkZ6MtdQkR8G12bNduP4i9fTd23N4Nfs9C8HxvW0A8eQnkJOUk242MHibmJVp7JZlRq4xcT50Im8Vh8n_1mIULlgVJXjsWvtJZXoC4Gi3TZs/s640/IMG_20140618_202551.jpg) |
Jus Apokat idaman isteriku, anda harus cuba :0).. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUGe63suCueUJw9ZiKHnQYUUykyWEajmW2alJu8j5b7WyFuWxm1rjFl9wivBK8a_tQLjoji6mOoezfcZaCeJYpchmxjhH0GVEHgRJJPTBL506B3Vs-JtHpFDhEiq6tQs6q5Zkx_3SvOztH/s640/IMG_20140618_202849.jpg) |
Nasi Goreng Kampung versi minang makanan malam aku |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan