ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..
Ini merupakan entri pertama saya di dlm blog ini, dan juga ini kali pertama saya menulis blog. Semenjak saya mula travel tahun 2010, saya berangan-angan untuk menulis travelog, namun disebabkan faktor kemalasan semua travelog saya terbengkalai walaupun maklumat-maklumat telah dikumpul :o)..Jadi untuk percutian kali ini saya bertekad untuk menyiapkan travelog ke Padang - Bukittinggi agar ia tidak basi..:0)..Pada 18/6/2014 saya bersama isteri dan 7 orang kawan telah bercuti ke Padang - Bukittinggi selama 4 hari 3 malam..Kami pergi ala-ala backpacker dan setibanya di sana kami mendapatkan khidmat pak supir.
Hari Pertama 18 JUN 2014
Berlepas dari KLIA 2 pukul lebih kurang pukul 1 pm dan tiba Lapangan Terbang Minangkabau pada pukul 2.30pm. Penerbangan dari KLIA 2 - Padang mengambil masa lebih kurang 1 jam.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEajCdNyoNAPWHquxJYG_poGumQ_hAhlhj3b_yJjZcm3WNOATjIuKn2tU1jV7DS_XuHA5FANde1ZDmTjA_84q_fdP_3mdEflnmwuKTVPBgWGG1U-TmADY7YTEPNGv9iY1tygyWl0q-LJdI/s640/IMG_20140618_104044.jpg) |
Kami berkumpul di KLIA 2
|
Kota Padang merupakan ibu negeri dan bandar terbesar di Sumatera Barat, Indonesia. Pelabuhan Teluk Bayur merupakan perlabuhan terbesar dan tersibuk di pantai barat Sumatera. Terdapat juga lapangan terbang baru iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau. Kota ini terkenal dengan masakan padang seperti rendang,soto dan sate padang.
Padang juga terkenal dengan lagenda Siti Nurbaya dan Malim Kundang. Di bukit Muara terdapat kubur Siti Nurbaya dengan sebuah jambatan yang dinamakan Jambatan Siti Nurbaya dan di Pantai Air Manis terdapat batu sumpahan Malim Kundang. Amat mengecewakan bagi kami kerana kami tidak sempat untuk ke Pantai Air Manis untuk melihat lagenda Malim Kundang kerana kesuntukan masa. Saya cadangkan jika ingin ke Pantai Air Manis ambil flight pagi dan pergi ke sana sebelum naik ke Bukittinggi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj1Sp6RWB6lA53B_DsfkXQIMk1cXjTwR-bell1R5Hn3P-FOTA9RWN72BfPnNZKrCi1Y5bxwU1TjH893Z3t1X1V4j-Wl2z9fo_bilptiGpI8_ijhw6uVYvuTPA1Sp-BmZ-YHpwLiQiHcZhC4/s640/_DSC0251.png) |
Kota Padang |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhX4mtOdD2TQKICHbZJOkFwqJH6IJWa51gqXuk8Jbr1lgpmKzEN8H20jCD4obFG2L8EmATDN4NEATpJ790eso9ThBFf53SjKDvA4awHv6NffMpdfNu9d5MXG9qasxzpfQ0l6omDk2qjoJPA/s640/PIC+DR+FLIGHT.png) |
Kota Padang
|
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-WfCwSDWhOrbLN8rmBk92E6IfG0bfQMyYDgYJdwbLn6nOk_NrDttAJ66ZJmKiT1H7op5C10k3jofvQrhvrETCuTqsmuQDKV9k_qH2ywKkUe91lC99KUnklbX9wFOeE1O6vZNHEelhdxnQ/s640/IMG_20140618_144921.png) |
Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicsLCDe_GxXe-zpO_GSNVQLl5ZG1IWZJi7ccJddrPSMmOUZUZTqSochzziULwbijFoMcjdBjJxV1ZMkGxB78vrLqtqXFvVDu39AVj-njsCA6dJ42Gy-N2d5NS0Us2N3zWHzfZEZ5HpuDcH/s640/_DSC0259.png) |
Cuaca agak mendung semasa ketibaan |
Kami sampai di Padang sekitar pukul 2.30pm. Keluar saja dari airport kelihatan pemandangan alam semulajadi yang indah dengan udara yang saya rasa lembab dan segar. Maka bermulalah perjalanan kami yang saya anggarkan lebih kurang 600 km bermula hari pertama sehingga ke hari yang terakhir.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXQ-bzRb3RUxYvng3z0Fv99ZCMuX9pRfhIaK4NegW7U-pu5wXgnGt1ueFkKE-OK5vhAN2p3s_CrqCa_dCZ0jc4qXIkiPzEfZUPiad3XLqc3u3hRAPEicc6-nptoYBJwQhGaTWojWOHmel2/s640/padang+travel+2.jpg) |
Perjalanan kami sepanjang 4 hari 3 malam |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan