Sabtu, 19 Mac 2016

Travelog Krabi Holiday ( Day 4 )

29/4/2015

Phi Phi Island Tour

Sedar tak sedar dah 4 hari kami di Krabi. Cepat betul masa berlalu dan hari ni,hari terakhir kami di sini. Last tour kami  adalah Phi Phi Island Tour. Kali ni kami amik pakej dengan Sun-san Travel and Tour pulak. Servis kompeni bagi aku ok la.

Untuk pakej ni harga 1800 bth. Start 8 pagi sampai pukul 4 petang. Harga pakej termasuk dengan makan tengahari,air mineral,jus buah dalam botol dan buah-buahan disediakan sepanjang kami berada di dalam speed boat.

Tentatif tour

08.00 Pick up from krabi town and klong muang
08.30 Pick up from Aonang
09.00 Depart from Aonang beach to Phi Phi Island

Maya Bay              : Scene of the film " The Beach"
Bamboo Island      : Relax and explore the coral
Viking cave           : Photography and Sightseeing
Monkey Bay          : Snorkeling and fascinating coral reef
Phi Phi Don           : Restaurant lunch,relax & shopping
Lohsamah Bay       : Enjoy the colorful fish and coral reef
Pileh Bay               : Beatiful lagoon in Phi Phi

16.00 To hotel

tunggu tour agent

tulis nama dulu
register dulu sebelum bertolak



tour guide kami fatima



First island yang kami singgah adalah Bamboo island. Pulau ni memang tidak dapat dinafikan kecantikannya , air pun jernih. Kami diberi masa lebih kurang  20minit untuk berjalan-jalan di pulau ini.

Sebelun turun boat, tour guide ada ingatkan kami jangan mandi disini. Turun,jalan-jalan,celup kaki dalam air. Tapi bila dah turun mana tahan,air pulak rasa sejuk..kami pun berendam kat sini..lantak la tour guide tu..hehe...Aku tengok tourist lain pun ramai gak yang berendam..


air jernih dan sejuk


 




Pulau seterusnya dikenali sebagai Viking Cave. Pulau ni terletak di utara Piley Bay di pantai timur Phi Phi Ley. Pulau ini mempunyai nilai sejarah kerana terdapat lukisan prasejarah yang ditemui di dalam dinding gua tersebut. Lukisan tersebut menyerupai kapal-kapal viking kuno. Dipercayai juga bahawa lukisan-lukisan kapal tersebut dilukis oleh lanun-lanun yang berselindung di situ semasa musim tengkujuh.

Pelancong tidak dibenarkan masuk ke dalam gua tersebut. Bot hanya berhenti di hadapan pintu gua dan kami sekadar mengambil gambar di luar gua. Aku ada serve dekat satu web mengenai lukisan-lukisan yang terdapat di dalam gua tersebut. Kalau korang rasa nak tengok lukisan tersebut boleh la klik sini

Gua ni juga menjadi tempat pencari sarang burung layang-layang mencari rezeki. Itu pasal kalau tengok depan pintu gua macam ada tempat orang berkhemah.


jeti diperbuat dari buluh jer







Perjalanan diteruskan ke kawasan-kawasan yang menarik antaranya Pileh bay. Port ni memang cantik giler...serius!!!! Air jernih sampai boleh nampak ke dasar laut. Time tu aku rasa macam nak terjun jer terus sebab nampak macam tak dalam..Tapi bila snorkeling dalam giler kau..Kalau ko rasa kat daratan ni ko boleh tengok gaung-gaung yang dalam..kat dalam laut pun ada..memang aku takjub giler la masa ni..maklum la biasa snorkeling kat tepi pantai tengok nemo jer..ni snorkeling kat kawasan dalam...jangan kata nemo,ikan besar-besar pun aku nampak..landak laut punya la banyak..takut gak aku time tu kot-kot la kene sengat..

Selain itu gunung-gunung batu kapur menambahkan lagi kecantikan pemandangan di sini..






















Asyik tengok gambar jer..jom aku belanja video plak..




Amacam? ok stop sini dulu..nanti aku sambung cter Phi Phi Island plak..chow



Tiada ulasan:

Catat Ulasan