2nd Days 27/4/15
Kedai Tepi Masjid & Restoren Adam Bunglow
Hari ke dua..lepas solat subuh aku tido balik..haha ( waktu subuh kat sini 4.59am )..awal kan?
Pukul 9, baru bangun nak pegi cari breakfast sambil survey pakej-pakej tour untuk hari yang seterusnya.
Kawan-kawan yang lain tak bangun lagi..so aku,wife,sarah & zaleha gerak dulu. Lapar !!!
Test camera jap sementara tunggu kawan-kawan |
Keadaan masih sepi lagi..kedai pun banyak tak bukak lagi |
Ao Nang town pukul 9.30am, masih sepi |
Gerai sebelah masjid |
Banana pan cake in the making |
Jalan punya jalan sampai dekat masjid Ao nang. Jarak adalah dalam 800 meter dari guest house kami. Boleh tahan jugak jauhnya kita orang berjalan..tak pe excercise kan..
Ada beberapa gerai makanan muslim di sekitar masjid Ao nang. Kita orang decide nak makan di kedai sebelah masjid.Aku pekene nasi beriyani ayam manakala yang lain-lain pekene pan cake. Kat krabi ni kalau tak pekene pan cake rasa tak complete la percutian korang..serius pan cake dia orang memang sedap dan tersohor..
Kat mana-mana pun korang boleh jumpa gerai-gerai yang jual pan cake.
Restoren Adam Bunglows |
Memandangkan dia orang belum breakfast lagi kitaorang teman la depa ni breakfast kat Adam Bungalows.
Ok jugak makan kat sini..wifi pun ada..aku ingat nak teman jer last-last terjebak order nasi goreng..haha..
Macam biasa la aku tak snap gambar makanan..tapi makanan kat sini not bad la..harga standart jer..
Fyi Adam bunglows ni bukan sahaja sebuah restoren. Mereka juga menyediakan chalet-chalet penginapan di belakang restoren ni..view dia cantik gak berlatar belakang gunung batu kapur
korang boleh check kat sini .. Rasa kesal pulak tak menginap kat sini..hehe
Pakej tour hari ke 3 kita orang beli kat sini |
ok bersambung lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan