7 ISLAND TOUR
Kalau korang nak rasa belayar ke pulau-pulau di luar pantai krabi menaiki long tail boat, ni la pakej dia.Pelayaran selama 6 jam bermula dari 2 petang -8.30 malam. Banyak aktiviti seperti mandi-manda dan menikmati pantai yang cantik di Railay Beach. Snorkeling dan meneroka pulau tropika eksotik dengan berjalan kaki di Tup Island . Apabila air pasang rendah,anda boleh pergi ke pulau bersebelahannya. Melihat pulau yang berbentuk ayam di panggil Chiken Island. Bersnorkling di Tang Ming Island, Si Island, Phra Nang Cave sambil melayan coral,ikan nemo dan plakton. Last sekali ber bbq di Poda Island sambil melihat matahari terbenam. Bila malam gelap ada pertunjukan fire show..
Amacam teruja tak? hehe..Actually trip ni memang enjoy..sampai tak larat nk snorkling,nak mandi..cuma ada sedikit spoil jer.. ikan tak banyak plak masa snorkling, bbq pun tak begitu best..tapi adat la kan..kalau dapat agen yang best mmg terbaik la..
Untuk pakej ni kita orang dapat la harga THB 5250 untuk 7 orang setelah tawar menawar. Kira sorang THB 750. Harga standart mana-mana pekej 7 island ni dalam THB 800-1200. ok la kan,yang penting dapat kurang..Biasanya agen akan bukak harga tinggi punye..kalu tak nego memang diaorang untung besar la..Apa-apa hal nego dulu..tak dapat nego cari agen lain. Jangan risau banyak travel agen kat sana.
Agen akan pick up tourist bermula pukul 12pm lagi bermula dari Klong Muang atau Krabi town,Aonang dan Railay. Semua tourist akan di kumpulkan di jeti sebelum bertolak. Nasib baik tak ramai pulak yang naik bot yang sama dengan kitaorang..Mungkin bukan peak season kot..ok la tu tak payah nak bersempit-sempit..
Bagi pakej 7 island ni, hentian terakhir adalah di Poda Island. Kat sini la travel agen akan buat bbq sementara menunggu matahari terbenam. Memang layan lepak kat sini sambil tengok gelagat-gelagat orang. Semua buat hal masing-masing..
Sedikit tips, pastikan bawa bekalan makanan dan minuman sebab lama nak menunggu waktu makan di Poda Island ni. Maklum la lepas mandi manda mesti lapa punye. Selain tu penggunaan beg water proff penting untuk aktiviti macam ni..kalu bawak beg biasa memang basah la..
Lebih kurang pukul 7 malam kita orang gerak meninggalkan Poda Island. Tak sempat nak layan fire show ni sampai habis...ready untuk aktiviti besak pulak..ok chow..
Agen akan pick up tourist bermula pukul 12pm lagi bermula dari Klong Muang atau Krabi town,Aonang dan Railay. Semua tourist akan di kumpulkan di jeti sebelum bertolak. Nasib baik tak ramai pulak yang naik bot yang sama dengan kitaorang..Mungkin bukan peak season kot..ok la tu tak payah nak bersempit-sempit..
Kita orang naik ni la nak ke jeti
|
Syukur tak ramai orang..dapat kongker bot |
Ni la chicken island,ada penduduk tempatan memangil woodperker island |
Tang Ming Island |
Tang Ming Island |
Snorkeling di Tang Ming Island. Air agak keruh waktu ni.. |
tak complete pergi pulau kalau tak lompat |
Kalau tak melompat bukan pergi pulau la kan..momen macam ni kene rakam..hehe |
Bila air pasang rendah boleh menyeberangi ke pulau sebelah |
Tup Island |
Tup island ni memang cantik |
Pastikan bawak bekalan makanan sementara menunggu bbq di Poda Island |
roti kacang ni best.. |
Poda Island |
agen tour kami Rungtawan Tours |
Bbq kami |
macam-macam gelagat orang |
melompat di Poda Island pulak |

fire show |