Rabu, 14 Januari 2015

Travelog Padang - Bukittinggi ( Part 6 ) Lubang Jepang,Pasar Aur Kuning & Kiniko Kopi


Hari Ketiga 20 JUN 2014

Hari ni merupakan hari terakhir kami di Bukittinggi. Kami perlu gerak awal kerana perjalanan kami pada hari itu sangat jauh, sekitar 200 km.Selain itu masih ada beberapa tempat menarik yang ingin kami kunjungi. Jadi seawal jam 8 pagi kami sudah berkumpul di lobi hotel.

Peta perjalanan kami pada hari ketiga
Hari ni juga merupakan hari terakhir Pak Kamal menjadi pemandu kami. Tempat beliau akan di ganti dengan kawannya Henry. Agak sedih..kerana bagi kami Pak Kamal merupakan pemandu pelancong yang sangat bagus. Kami sangat selesa dengannya,tapi apakan daya, ada masalah yang tidak dapat di elakan. Sebelum berpisah kami bermaaf-maafan dan bergambar di pintu masuk Taman Panorama Lubang Jepang. Antara tempat-tempat yang kami sempat dikunjungi pada hari ketiga adalah lubang jepang,pasar aur kuning,kilang kopi kiniko,istana pagar ruyong,istana selindungan bulan dan danau singkarak.

Berkumpul sebelum bergerak
Bergambar dengan Pak Kamal buat kali terakhir di hadapan pintu masuk Taman Panorama 
Lubang Jepang
Lubang jepang ataupun terowong jepun sebenarnya dekat jer dengan hotel kami,hanya perlu melintas jalan jer. Aku dah lupa berapa kita orang kene charge masa masuk kesini, tapi mengikut website www.gosumatra.com harga tiket untuk kanak-kanak Rp 5000 dan dewasa Rp 8000. Lubang jepang ini merupakan satu tinggalan besar sejarah di Bukittinggi. Di bina pada tahun 1942 dan panjangnya sekitar 1.5 km. Aku tak berhasrat nak cerita panjang pasal lubang jepang ni.Korang boleh google jer,cuma aku tertarik dengan cerita disebalik pembinaan terowong ini. Mengikut dari cerita pemandu pelancong disitu, terowong ini dibina dengan sistem keluar masuk udara yang baik,terowong ini juga membuatkan suara anda tidak bergema jika anda menjerit. Selain mempunyai ketahanan dari gegaran,terowong ini juga menghubungkan kawasan-kawasan strategik di Bukittinggi. Selain itu semasa pembinaan terowong ini, ia tidak disedari oleh penduduk di sekitar Bukittinggi. Begitulah hebatnya tentera jepun. Walaubagaimanapun pembinaan terowong ini telah mengorbankan banyak jiwa. Buruh-buruh paksa yang telah mati,mayat mereka akan di campakan ke dalam satu lubang yang menghubungkan dengan sungai yang berhampiran.

Ngarai Sianok berhadapan Taman Panorama
Pamandu pelancong kami semasa berada di Taman Panorama Lubang Jepang
Terdapat perkampungan di Ngarai Sianok
Tugu tentera jepun
Bergambar di laluan masuk lubang jepang 
Pemandu pelancong memberi penerangan sebelum masuk ke lubang jepang
Peta bilik-bilik atau laluan di dalam lubang jepang
Laluan masuk ke lubang jepang
suasana dalam lubang jepang

melancong ke bukittinggi indonesia
Beginilah suasana dalam lubang jepang
melancong ke bukittinggi indonesia
Jalan keluar berlainan arah dari laluan masuk tadi

PASAR AUR KUNING
Selepas keluar dari lubang jepang kami mula bergerak ke Padang. Kami minta pada Henry untuk berhenti sekejap di Pasar Aur Kuning. Mulanya dia tidak mahu untuk kesana,aku tidak tahu mengapa tetapi kami berkeras untuk singgah sekejap di Pasar Aur Kuning. Kami diberi masa sekitar 1 jam sahaja untuk berada di sana. Pasar Aur Kuning ni merupakan pasar borong dan sangat fames sebenarnya. Barang-barang yang dijual juga agak murah. Sekali pandang tak ubah macam di Nilai 3 tempat borong ni. Aku tak sempat nak tangkap gambar banyak disini. Masa terhad,sebab nak kejar masa untuk ke Padang.


Kedai-kedai di luar Pasar Aur Kuning
Macam kat Nilai 3 jer
Ada masjid di sini

Waktu ni dah terpisah dengan kawan-kawan yang lain
Di dalam pasar,murah barangan di sini

KILANG KOPI KINIKO
Kilang kopi ini merupakan antara tempat yang sering menjadi persinggahan para pelancong. Terletak di daerah Batu Sangkar. Perjalanan kami dari Bukittinggi ke sini mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Sepanjang perjalanan aku tengok semua dah tertido,mungkin penat sangat. Apa yang menarik di Kiniko kopi ini,mereka masih menghasilkan kopi secara tradisional. Selain itu pengunjung juga akan di hidangkan kopi percuma. Minum la berapa banyak yang anda mahu. Mengikut kata isteri ku, kopi mereka sedap dan rasanya unik dari kopi yang lain. Aku tak tau macam mana nak menilai kopi sebab aku bukanlah peminat kopi. Selain dari melihat pembuatan kopi, pengunjung juga boleh melihat bagaimana mereka membuat pisang salai. Bagi aku pisang salai mereka memang sedap. Aku terborong beberapa paket pisang salai, ingat nak buat ole-ole tapi habis aku makan dalam van :o) ..Mereka juga ada menjual produk-produk makanan tradisional yang lain.

Pemandangan sepanjang perjalanan ke Batu Sangkar
Pemandangan sepanjang perjalanan ke Batu Sangkar
Pemandangan sepanjang perjalanan ke Batu Sangkar
Pemandangan sepanjang perjalanan ke Batu Sangkar
Dah sampai di Kiniko kopi

Antara kopi-kopi yang di jual
Tempat minum kopi di luar kedai
Pekene kopi dulu,gratis ni

Pemandangan di luar kedai
Lantai yang dibuat dari buluh
Ada kolam jugak

Pokok kopi


Pokok markisa
bersambung lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan