Rabu, 14 Januari 2015

Travelog Padang - Bukittinggi ( Part 6 ) Lubang Jepang,Pasar Aur Kuning & Kiniko Kopi


Hari Ketiga 20 JUN 2014

Hari ni merupakan hari terakhir kami di Bukittinggi. Kami perlu gerak awal kerana perjalanan kami pada hari itu sangat jauh, sekitar 200 km.Selain itu masih ada beberapa tempat menarik yang ingin kami kunjungi. Jadi seawal jam 8 pagi kami sudah berkumpul di lobi hotel.

Peta perjalanan kami pada hari ketiga
Hari ni juga merupakan hari terakhir Pak Kamal menjadi pemandu kami. Tempat beliau akan di ganti dengan kawannya Henry. Agak sedih..kerana bagi kami Pak Kamal merupakan pemandu pelancong yang sangat bagus. Kami sangat selesa dengannya,tapi apakan daya, ada masalah yang tidak dapat di elakan. Sebelum berpisah kami bermaaf-maafan dan bergambar di pintu masuk Taman Panorama Lubang Jepang. Antara tempat-tempat yang kami sempat dikunjungi pada hari ketiga adalah lubang jepang,pasar aur kuning,kilang kopi kiniko,istana pagar ruyong,istana selindungan bulan dan danau singkarak.

Berkumpul sebelum bergerak
Bergambar dengan Pak Kamal buat kali terakhir di hadapan pintu masuk Taman Panorama 
Lubang Jepang
Lubang jepang ataupun terowong jepun sebenarnya dekat jer dengan hotel kami,hanya perlu melintas jalan jer. Aku dah lupa berapa kita orang kene charge masa masuk kesini, tapi mengikut website www.gosumatra.com harga tiket untuk kanak-kanak Rp 5000 dan dewasa Rp 8000. Lubang jepang ini merupakan satu tinggalan besar sejarah di Bukittinggi. Di bina pada tahun 1942 dan panjangnya sekitar 1.5 km. Aku tak berhasrat nak cerita panjang pasal lubang jepang ni.Korang boleh google jer,cuma aku tertarik dengan cerita disebalik pembinaan terowong ini. Mengikut dari cerita pemandu pelancong disitu, terowong ini dibina dengan sistem keluar masuk udara yang baik,terowong ini juga membuatkan suara anda tidak bergema jika anda menjerit. Selain mempunyai ketahanan dari gegaran,terowong ini juga menghubungkan kawasan-kawasan strategik di Bukittinggi. Selain itu semasa pembinaan terowong ini, ia tidak disedari oleh penduduk di sekitar Bukittinggi. Begitulah hebatnya tentera jepun. Walaubagaimanapun pembinaan terowong ini telah mengorbankan banyak jiwa. Buruh-buruh paksa yang telah mati,mayat mereka akan di campakan ke dalam satu lubang yang menghubungkan dengan sungai yang berhampiran.

Ngarai Sianok berhadapan Taman Panorama
Pamandu pelancong kami semasa berada di Taman Panorama Lubang Jepang
Terdapat perkampungan di Ngarai Sianok
Tugu tentera jepun
Bergambar di laluan masuk lubang jepang 
Pemandu pelancong memberi penerangan sebelum masuk ke lubang jepang
Peta bilik-bilik atau laluan di dalam lubang jepang
Laluan masuk ke lubang jepang
suasana dalam lubang jepang

melancong ke bukittinggi indonesia
Beginilah suasana dalam lubang jepang
melancong ke bukittinggi indonesia
Jalan keluar berlainan arah dari laluan masuk tadi

PASAR AUR KUNING
Selepas keluar dari lubang jepang kami mula bergerak ke Padang. Kami minta pada Henry untuk berhenti sekejap di Pasar Aur Kuning. Mulanya dia tidak mahu untuk kesana,aku tidak tahu mengapa tetapi kami berkeras untuk singgah sekejap di Pasar Aur Kuning. Kami diberi masa sekitar 1 jam sahaja untuk berada di sana. Pasar Aur Kuning ni merupakan pasar borong dan sangat fames sebenarnya. Barang-barang yang dijual juga agak murah. Sekali pandang tak ubah macam di Nilai 3 tempat borong ni. Aku tak sempat nak tangkap gambar banyak disini. Masa terhad,sebab nak kejar masa untuk ke Padang.


Kedai-kedai di luar Pasar Aur Kuning
Macam kat Nilai 3 jer
Ada masjid di sini

Waktu ni dah terpisah dengan kawan-kawan yang lain
Di dalam pasar,murah barangan di sini

KILANG KOPI KINIKO
Kilang kopi ini merupakan antara tempat yang sering menjadi persinggahan para pelancong. Terletak di daerah Batu Sangkar. Perjalanan kami dari Bukittinggi ke sini mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Sepanjang perjalanan aku tengok semua dah tertido,mungkin penat sangat. Apa yang menarik di Kiniko kopi ini,mereka masih menghasilkan kopi secara tradisional. Selain itu pengunjung juga akan di hidangkan kopi percuma. Minum la berapa banyak yang anda mahu. Mengikut kata isteri ku, kopi mereka sedap dan rasanya unik dari kopi yang lain. Aku tak tau macam mana nak menilai kopi sebab aku bukanlah peminat kopi. Selain dari melihat pembuatan kopi, pengunjung juga boleh melihat bagaimana mereka membuat pisang salai. Bagi aku pisang salai mereka memang sedap. Aku terborong beberapa paket pisang salai, ingat nak buat ole-ole tapi habis aku makan dalam van :o) ..Mereka juga ada menjual produk-produk makanan tradisional yang lain.

Pemandangan sepanjang perjalanan ke Batu Sangkar
Pemandangan sepanjang perjalanan ke Batu Sangkar
Pemandangan sepanjang perjalanan ke Batu Sangkar
Pemandangan sepanjang perjalanan ke Batu Sangkar
Dah sampai di Kiniko kopi

Antara kopi-kopi yang di jual
Tempat minum kopi di luar kedai
Pekene kopi dulu,gratis ni

Pemandangan di luar kedai
Lantai yang dibuat dari buluh
Ada kolam jugak

Pokok kopi


Pokok markisa
bersambung lagi...

Ahad, 11 Januari 2015

Travelog Padang - Bukittinggi ( Part 5 ) Jam Gadang, Pasar Atas & Kedai Kerepek Ummi Aufa Hakim

Hampir setengah hari kami menghabiskan masa di kawasan Danau Maninjau. Kami berangkat semula ke Bukittinggi. Dalam perjalanan pulang kami singgah dahulu di Pondok Salero Wisata Keluarga untuk menikmati makan tengahari.  Macam biasa makanan di sini sedap-sedap belaka dan murah. Di restoren ini juga ada menyediakan surau. Kami solat zuhur dan asar secara jamak & qasar memandangkan jarak perjalanan yang jauh. Air di sini juga sangat segar kerana mengalir dari bukit. Segar betul rasanya selepas berwudhu dan membasahkan kepala. Selepas solat sebelum bertolak, kami rehat-rehat sekejap di luar surau menikmati pemandangan sekeliling.

Pondok Salero Wisata Keluarga

Kalau tak nak makan jangan ambil, klu tak kene bayar walaupun ambil sedikit
Pemandangan di luar kedai makan

Sawah padi huma
Selepas solat kami meneruskan perjalanan ke Bukittinggi. Pak Kamal menurunkan kami di kawasan Jam Gadang. Di kawasan ini van atau bus tidak dibenarkan parking dan menunggu, jadi Pak Kamal tak dapat menunggu kami. Kami menetapkan agar Pak Kamal mengambil kami dalam lingkungan pukul 6 petang. Di kawasan Jam Gadang juga terdapat beberapa tempat menarik yang boleh anda kunjungi antaranya Pasar Atas, Pasar Bawah, Istana Bung Hatta dan Plaza Bukittinggi. Atas kesuntukan masa kami hanya sempat meneroka di Pasar Atas sahaja.

Jam Gadang setinggi 26 m, dibina pada tahun 1826 dan merupakan mercu tanda di Bukittinggi
Kawasan di sekitar Jam Gadang menjadi tempat riadah bagi penduduk Bukittinggi
Macam-macam gelagat orang anda boleh lihat dikawasan riadah ini.
Pasar Atas terletak di belakang Jam Gadang (bumbung hijau)
Plaza Bukittinggi terletak di sebelah kawasan Jam Gadang
Istana Bung Hatta juga terletak berhampiran dengan kawasan Jam Gadang .
Bung Hatta merupakan Timbalan Presiden Indonesia yang pertama. "Juga dikenang sebagai Bapa Koperasi Indonesia"
Lot-lot kedai yang terdapat di dalam Pasar Atas
Antara produk-produk yang boleh didapati kain sulam,telekung sulam, tudung,baju,cenderamata dan banyak lagi.
Yang penting ongkosnya :0)


Belut kering dan kerepek kulit sapi. Mau?

Pendapat saya harga yang mereka buka agak mahal,
tapi kalau pandai tawar menawar anda boleh  dapat harga yang berpatutan.
Jam menghampiri pukul 6 petang. Kami terpaksa meninggalkan Pasar Atas kerana Pak Kamal akan menjemput kami. Kami tidak sempat untuk meneroka keseluruhan Pasar Atas ini kerana kawasan ini terlalu besar dan kami kesuntukan masa. Saya sarankan jika anda suka shopping, pastikan anda ambil masa selama 1 hari disini. Deal dengan pak supir anda dan sebaik-baiknya datang pagi hari. Selepas bershopping di Pasar Atas, Pak Kamal bawa kami pusing-pusing di sekitar bandar Bukittinggi. Kami sempat singgah di beberapa butik-butik persendirian yang menjual produk-produk tekstil. Kami juga sempat membeli kerepek/sanjai. Kerepek/sanjai merupakan antara produk popular disini.


Soraya Bordir

Pandai Sikek Bukittinggi
Kedai kerepek Ummi Aufa Hakim
Kereta kuda masih boleh didapati di sini

Berbagai jenis kerepek boleh didapati disini, yang paling unik
saya jumpa kerepek daun ubi.


Malam Terakhir di Bukittinggi
Selepas seharian menikmati pemandangan dan bershopping di Bukittinggi kami pulang ke hotel dan berehat sekejap.Kami tiba di hotel lebih kurang pukul 8 malam. Pukul 9 malam kami keluar semula untuk mencari kedai makan yang terdekat dengan hotel. Tak sangka takde pulak kedai makan yang best di sekitar hotel kami menginap. Jalan punya jalan sampai la di bandar Bukittinggi. Lebih kurang 4 km kami berjalan baru jumpa restoren-restoren yang ok. Malam di sini boleh dikatakan hidup. Ramai jugak remaja keluar pada malam hari. Restoren boleh dikatakan penuh. Last2 terpaksa kami makan di restoren semalam jugak. Lepas makan kami naik van angkut sebab tak larat nak jalan kaki pulang ke hotel. Tambang pun murah lebih kurang 50 sen seorang.


restoren full house :0(
misi mencari tempat makan 
Last-last makan kat tempat semalam jugak :0(

Macam ni la keadaannya di dalam van angkut
Van angkut yang kami naiki..



Aktiviti perniagaan di kawasan parking hotel

Macam biasa bersambung lagi :0) .. hehe