Selasa, 22 Disember 2015

Travelog Krabi Holiday (Days 2)

2nd Days 27/4/15

7 ISLAND TOUR

Kalau korang nak rasa belayar ke pulau-pulau di luar pantai krabi menaiki long tail boat, ni la pakej dia.Pelayaran selama 6 jam bermula dari 2 petang -8.30 malam. Banyak aktiviti seperti mandi-manda dan menikmati pantai yang cantik di Railay Beach. Snorkeling dan meneroka pulau tropika eksotik dengan berjalan kaki di Tup Island . Apabila air pasang rendah,anda boleh pergi ke pulau bersebelahannya. Melihat pulau yang berbentuk ayam di panggil Chiken Island. Bersnorkling di Tang Ming Island, Si Island, Phra Nang Cave sambil melayan coral,ikan nemo dan plakton. Last sekali ber bbq di Poda Island sambil melihat matahari terbenam. Bila malam gelap ada pertunjukan fire show..

Amacam teruja tak? hehe..Actually trip ni memang enjoy..sampai tak larat nk snorkling,nak mandi..cuma ada sedikit spoil jer.. ikan tak banyak plak masa snorkling, bbq pun tak begitu best..tapi adat la kan..kalau dapat agen yang best mmg terbaik la..


Untuk pakej ni kita orang dapat la harga THB 5250 untuk 7 orang setelah tawar menawar. Kira sorang THB 750. Harga standart mana-mana pekej 7 island ni dalam THB 800-1200. ok la kan,yang penting dapat kurang..Biasanya agen akan bukak harga tinggi punye..kalu tak nego memang diaorang untung besar la..Apa-apa hal nego dulu..tak dapat nego cari agen lain. Jangan risau banyak travel agen kat sana.

Agen akan pick up tourist bermula pukul 12pm lagi bermula dari Klong Muang atau Krabi town,Aonang dan Railay. Semua tourist akan di kumpulkan di jeti sebelum bertolak. Nasib baik tak ramai pulak yang naik bot yang sama dengan kitaorang..Mungkin bukan peak season kot..ok la tu tak payah nak bersempit-sempit..

Kita orang naik ni la nak ke jeti
otw ke jeti

Syukur tak ramai orang..dapat kongker bot



Ni la chicken island,ada penduduk tempatan memangil woodperker island


Tang Ming Island
Tang Ming Island
Snorkeling di Tang Ming Island. Air agak keruh waktu ni..
tak complete pergi pulau kalau tak lompat
Kalau tak melompat bukan pergi pulau la kan..momen macam ni kene rakam..hehe

Bila air pasang rendah  boleh menyeberangi ke pulau sebelah
Tup Island
Tup island ni memang cantik



Pastikan bawak bekalan makanan sementara menunggu bbq di Poda Island
roti kacang ni best..
Poda Island
agen tour kami Rungtawan Tours
Bbq kami





macam-macam gelagat orang
melompat di Poda Island pulak

Bagi pakej 7 island ni, hentian terakhir adalah di Poda Island. Kat sini la travel agen akan buat bbq sementara menunggu matahari terbenam. Memang layan lepak kat sini sambil tengok gelagat-gelagat orang. Semua buat hal masing-masing..

Sedikit tips, pastikan bawa bekalan makanan dan minuman sebab lama nak menunggu waktu makan di Poda Island ni. Maklum la lepas mandi manda mesti lapa punye. Selain tu penggunaan beg water proff penting untuk aktiviti macam ni..kalu bawak beg biasa memang basah la..


fire show


Lebih kurang pukul 7 malam kita orang gerak meninggalkan Poda Island. Tak sempat nak layan fire show ni sampai habis...ready untuk aktiviti besak pulak..ok chow..




Isnin, 7 Disember 2015

Travelog Krabi Holiday (Days 2)


2nd Days 27/4/15

Kedai Tepi Masjid & Restoren Adam Bunglow 

Hari ke dua..lepas solat subuh aku tido balik..haha ( waktu subuh kat sini 4.59am )..awal kan?
Pukul 9, baru bangun nak pegi cari breakfast sambil survey pakej-pakej tour untuk hari yang seterusnya.

Kawan-kawan yang lain tak bangun lagi..so aku,wife,sarah & zaleha gerak dulu. Lapar !!!

Test camera jap sementara tunggu kawan-kawan
Keadaan masih sepi lagi..kedai pun banyak tak bukak lagi
Ao Nang town pukul 9.30am, masih sepi
Gerai sebelah masjid

Banana pan cake in the making

Jalan punya jalan sampai dekat masjid Ao nang. Jarak adalah dalam 800 meter dari guest house kami. Boleh tahan jugak jauhnya kita orang berjalan..tak pe excercise kan..

Ada beberapa gerai makanan muslim di sekitar masjid Ao nang. Kita orang decide nak makan  di kedai sebelah masjid.Aku pekene nasi beriyani ayam manakala yang lain-lain pekene pan cake. Kat krabi ni kalau tak pekene pan cake rasa tak complete la percutian korang..serius pan cake dia orang memang sedap dan tersohor..

Kat mana-mana pun korang boleh jumpa gerai-gerai yang jual pan cake.



Restoren Adam Bunglows
Lepas makan, on the way nak balik guest house terserempak plak dengan fiza,didi dan wan.
Memandangkan dia orang belum breakfast lagi kitaorang teman la depa ni breakfast kat Adam Bungalows.

Ok jugak makan kat sini..wifi pun ada..aku ingat nak teman jer last-last terjebak order nasi goreng..haha..

Macam biasa la aku tak snap gambar makanan..tapi makanan kat sini not bad la..harga standart jer..

Fyi  Adam bunglows ni bukan sahaja sebuah restoren. Mereka juga menyediakan chalet-chalet penginapan di belakang restoren ni..view dia cantik gak berlatar belakang gunung batu kapur

korang boleh check kat sini .. Rasa kesal pulak tak menginap kat sini..hehe


Tsunami evacuation route

Lepas breakfast kitaorang  pegi cari pakej tour untuk aktiviti hari ke tiga. Memandangkan aktiviti  7 island tour kami start pukul 2 petang sampai 8.30 malam, nak tak nak kami kene cari pakej untuk besok hari pagi ni jugak.

Takut nanti balik malam bila pulak nak cari pakej tour kan..kene pulak dah basah kuyup dengan aktiviti-aktiviti air.

So untuk aktiviti besok, pakej ke Hot Spring Waterfall, Thung Tieo - Emerald Pool , Blue Pool & Theppanhom Elephant Trekking.

Pakej tour hari ke 3 kita orang beli kat sini


 
ok bersambung lagi...


Sabtu, 7 November 2015

Travelog Krabi Holiday (Krabi Night Market)

Krabi Night Market

Kalau dah sampai Krabi tak sah rasanya kalu tak pergi Krabi Night Market. Pasar malam ni terletak di Pekan Krabi. Lebih kurang 20 km daripada pekan Ao nang. Tak jauh,setengah jam dah sampai

Pasar malam ni di buka pada hari Jumaat, sabtu dan ahad sahaja. Memandangkan 1st day kita orang hari ahad, nak tak nak kene pergi..kalau tak pergi rugi pulak rasanya..

Kalau korang stay dekat Ao nang korang boleh sewa motor,teksi,tut tut dan van. Memandangkan kami ramai,sewa van jer..senang..hehe

Kene charge 1500 THB pergi balik. Pick up kat guest house..


On the way krabi night market. Masjid di Pekan Ao nang
Ni semua nak pergi Krabi Night Market. Jangan lupa amik no plat van,no tel driver & cam muka driver,kalau tak problem



Nasi kabu,mungkin macam nasi kerabu di Malaysia


Thai kebab,lagi mahal dari di Malaysia kan sekitar RM 5
Ais krim goyang
Ayam goreng pedas
Teh tarik lebih kurang RM 2

Makan sambil layan lagu Thailand



Apa-apa hal makan dulu. Lepas ni baru nak pergi cari sourvinier. Makanan halal jangan risau di sini.
Ramai peniaga muslim. Tempat makan pulak,meja dengan kerusi diaorang dah sediakan. Apa yang perlu buat? kita kene berebut sikit..hehe..full house..kadang-kadang ada yang tak faham tu makan dah habis tapi duk borak lagi..yang sorok kerusi pun ada,padahal takde orang duduk pun..cakap tunggu kawan..sampai kita orang balik kawan dia tak jugak sampai-sampai..emm tak faham orang Thailand ni..hehe












Sourvinier kat pasar malam ni bagi aku, lebih murah dari harga yang di jual di pekan Ao nang.Jika rasa nak beli ole-ole banyak untuk family dan kawan-kawan elok la beli disini. Selain makanan dan sourvinier korang boleh beli jam,alat make up,kasut,selipar dan banyak lagi. Yang penting pandai tawar menawar. Boleh dapat murah.




Untuk pengetahuan korang berdekatan dengan pasar malam,terdapat sebuah kedai makanan halal di panggil Abdullah Halal Food. Kalau rasa nak makan berat kat sini la tempat dia. Macam-macam boleh order, tomyam,ala carte,roti canai semua ada. Aku tengok, ramai jugak Malaysian makan kat sini.

Sementara nak tunggu driver datang,kita orang lepak kat sini sambil pekene roti canai dulu..Dah janji dengan driver pukul 9pm datang pick up..

ok jumpa lagi untuk story hari ke dua..chow..