Isnin, 24 November 2014

Travellog Padang - Bukittinggi ( Part 4 ) Danau Maninjau

Alhamdullilah, sambungan dari entri yang ketiga :0) ..Selepas berehat di Panorama Sungai Landia,kami meneruskan perjalanan kami ke Danau Maninjau dan Puncak Lawang

Danau Maninjau
Danau Maninjau merupakan salah satu di antara destinasi popular di Sumatera Barat. Merupakan sebuah danau jenis vulkanik yang mempunyai keluasan 99.5km persegi.Terletak  di Agam Sumatera Barat, 36 km dari  Bukittinggi. Untuk ke sana perlu melalui jalan-jalan yang berliku, yang dipanggil kelok 44. Kami berhenti setakat di kelok 37 sahaja. Pemandangan di sini SUBHANALLAH cantik sangat. Saya kagum dengan ciptaan Yang Maha Kuasa.

Di kelok 37 ini juga terdapat sebuah warung dan kedai menjual cenderamata. Jadi sambil menikmati pemandangan indah anda boleh makan dan minum di warung tersebut. Kami juga sempat makan dan minum di warung ini. Makanan ? mmg sedap dan murah...

Kerusi yang diperbuat dari buloh
Warung dan kedai cenderamata yang terdapat di kelok 37
Kami berhenti setakat di kelok 37 sahaja
Ambil gambar dulu :0)
Ambil gambar dulu 
Pemandangan Danau Maninjau dari kelok 37
Danau maninjau berada di ketinggian 46150 meter atas permukaan laut
Danau Maninjau memiliki kedalaman maksimum 495 meter
Bunga-bunga yang di tanam di pesisir jalan








Apam labu..sedap gler
Bubur jagung..yang ni pun sedap jgk
Kueh ni sama macam kat Malaysia 
Puncak Lawang
Puncak Lawang merupakan puncak tertinggi di daerah Agam Sumatera Barat. Perjalanan kami dari kelok 37 tadi mengambil masa sekitar 20 minit sahaja. Dari Puncak Lawang ini juga, kita boleh melihat pemandangan Tasik Maninjau lebih luas lagi. Mengikut kata Pak Kamal kawasan ini sering dijadikan sebagai tempat sukan luncur angin(para sailing). Dahulu pada zaman penjajahan, Puncak Lawang juga menjadi tempat bagsawan Belanda beristirihat.

Puncak Lawang
Pemandangan Danau Maninjau dari Puncak Lawang
Keluasan Maninjau sekitar 99.5 km 






selfie dulu :o)






juru jual datang
murah-murah beg dan t shirt yang dijual




ole-ole untuk department


penjual key chain pulak datang





bersambung lagi..hehe :0)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan