Kalau dah sampai Krabi tak sah rasanya kalu tak pergi Krabi Night Market. Pasar malam ni terletak di Pekan Krabi. Lebih kurang 20 km daripada pekan Ao nang. Tak jauh,setengah jam dah sampai
Pasar malam ni di buka pada hari Jumaat, sabtu dan ahad sahaja. Memandangkan 1st day kita orang hari ahad, nak tak nak kene pergi..kalau tak pergi rugi pulak rasanya..
Kalau korang stay dekat Ao nang korang boleh sewa motor,teksi,tut tut dan van. Memandangkan kami ramai,sewa van jer..senang..hehe
Kene charge 1500 THB pergi balik. Pick up kat guest house..
![]() |
On the way krabi night market. Masjid di Pekan Ao nang |
![]() |
Ni semua nak pergi Krabi Night Market. Jangan lupa amik no plat van,no tel driver & cam muka driver,kalau tak problem |
![]() |
Nasi kabu,mungkin macam nasi kerabu di Malaysia |
![]() |
Thai kebab,lagi mahal dari di Malaysia kan sekitar RM 5 |
![]() |
Ais krim goyang |
![]() |
Ayam goreng pedas |
![]() |
Teh tarik lebih kurang RM 2 |
![]() |
Makan sambil layan lagu Thailand |
Apa-apa hal makan dulu. Lepas ni baru nak pergi cari sourvinier. Makanan halal jangan risau di sini.
Ramai peniaga muslim. Tempat makan pulak,meja dengan kerusi diaorang dah sediakan. Apa yang perlu buat? kita kene berebut sikit..hehe..full house..kadang-kadang ada yang tak faham tu makan dah habis tapi duk borak lagi..yang sorok kerusi pun ada,padahal takde orang duduk pun..cakap tunggu kawan..sampai kita orang balik kawan dia tak jugak sampai-sampai..emm tak faham orang Thailand ni..hehe
Sourvinier kat pasar malam ni bagi aku, lebih murah dari harga yang di jual di pekan Ao nang.Jika rasa nak beli ole-ole banyak untuk family dan kawan-kawan elok la beli disini. Selain makanan dan sourvinier korang boleh beli jam,alat make up,kasut,selipar dan banyak lagi. Yang penting pandai tawar menawar. Boleh dapat murah.

Sementara nak tunggu driver datang,kita orang lepak kat sini sambil pekene roti canai dulu..Dah janji dengan driver pukul 9pm datang pick up..
ok jumpa lagi untuk story hari ke dua..chow..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan