Rabu, 12 November 2014

Travelog Padang - Bukittinggi ( Part 3 ) Balai Adat Kota Gadang & Panorama Sungai Landia

Hari Kedua 19 JUN 2014

Hari ke dua, seawal pagi aku dah bangun kerana bilik aku berdekatan dengan masjid. Sebelum azan subuh pihak masjid akan memperdengarkan tazkirah dan bacaan ayat-ayat suci Al Quran. Cara tazkirah diperdengarkan agak berbeza dengan cara di Malaysia. Jika anda dalam keadaan masih mengantuk,penat, mamai dan mata sukar di buka di awal pagi,semasa tazkirah berkumandang,anda akan rasa seperti berada di dalam kubur dan sedang di soal oleh malaikat. Itulah perasaan yang aku,isteri dan kawanku rasa ketika itu.Bagiku memang unik cara tazkirah di perdengarkan.

 Gran Malindo Hotel, tempat penginapan kami sepanjang kami berada di Bukittinggi. Hotel bertaraf 2 bintang, agak jauh sedikit dari pusat bandar Bukittinggi. Perancangan asal, kami sudah menempah hotel di pusat bandar tetapi kami terpaksa bahagi kepada 2 kumpulan kerana menginap di 2 hotel yang berbeza disebabkan hotel-hotel di pusat bandar sudah penuh. Jadi atas bantuan Pak Kamal kami menginap di Gran Malindo Hotel. Menurut Pak Kamal,pemilik hotel ini adalah muslim jadi status halal makanan di hotel ini diyakini dan ada beberapa hotel di pusat bandar pemiliknya adalah cina dan status halal makananya tidak pasti. Hotel ini juga memberikan pakej sarapan pagi percuma. Wifi juga percuma.

Hotel kami menginap ( Gran Malindo Hotel )
Masjid dari tingkap bilik aku
Dewan makan hotel, jangan terkejut jika terdapat orang merokok walaupun kawasan ber air con
Pemandangan di luar hotel
Aktiviti perniagaan di kawasan parking hotel
 Selepas sarapan, kami berkumpul di lobi hotel sementara menunggu Pak Kamal tiba. Antara destinasi yang di kunjungi pada hari kedua ialah melawat kedai sulaman Annisa, Koto Gadang, Kedai Pandai Perak, Panorama Sungai Landia, Tasik Manijau, Pasar Atas, Soraya Bordir dan Kedai Kerepek Ummi Aufa Hakim.
Kedai Sulaman dan Bodiran Annisa
Pandangan dalam kedai sulaman dan bodiran Annisa
Kain sulam Bukittinggi
Balai Adat Koto Gadang

Aku dan isteri di balai adat
Geng-geng di balai adat

Rumah Pandai Perak di Koto Gadang
Pemandangan luar dari rumah pandai perak
Istana Basa Pagar Ruyong yang di buat dari perak

Pandangan dalam kedai pandai perak.
Selepas melawat Koto Gadang kami meneruskan perjalanan ke  Danau Maninjau. Di dalam perjalanan kami sempat singgah di satu kawasan yang di panggil Panorama Sungai Landia. Di situ terdapat satu  kedai yang menjual barangan kraftangan,barangan-barangan kulit asli, pakaian dan anda boleh menikmati pemandangan indah sambil menikmati tea o pucuk kayu manis. Pak Kamal yang belanja kami minum di situ.. thanks pak kamal...:o)..

Kedai kraftangan Panorama Sungai Landia
Ada menjual barang-barang kulit seperti jaket,wallet dll
Lepak di anjung sambil menikmati pemandangan
Perkampungan di Lembah Sungai Landia
Perkampungan di Lembah Sungai Landia
Pekene tea o kayu manis dulu
Minum tea dulu sementara tunggu Pae ber shopping dgn kakak dia
Bergambar berlatar belakang Panorama Sungai Landia
tea o pucuk kayu manis yang di belanja oleh Pak Kamal
Antara produk kraftangan yang terdapat di kedai cenderamata Panorama Sungai Landia
Barangan kulit,pakaian dan kraftangan yang di jual
Kami berehat di Panorama Sungai Landia sekitar 30 minit. Masih banyak tempat-tempat menarik yang belum di lawati. Terlalu padat jadual pada hari ke dua. Rasanya tak dapat nak cover aktiviti hari ke dua dalam satu pages. In Shaa Allah saya akan sambung dalam entri yang berikut. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan