Sabtu, 16 April 2016

Travelog Krabi Holiday ( Final )


Day 4 29/4/2015

Phi Phi Island

Hari aku tulis citer ni 1/4/2016..giler dah dekat setahun pegi krabi baru nak habis tulis citer ni..ok apa macam pun aku mesti kasi setel citer ni..bnyak lagi travelog yang pending..

Kemuncak untuk Phi Phi Island Tour adalah kat Phi Phi Island..Nak  tau sebab apa? sebab makan tengahari kat sini..hehe..ye la dah buat macam-macam aktiviti laut, perut pun dah lapa kan..kat sini la nak isinya.

Phi Phi Island ni merupakan antara pulau-pulau terbesar yang terdapat dalam wilayah Krabi. Dianggarkan lebih kurang 2000-3000 orang mendiami pulau ini dan 80% adalah beragama islam.

Pulau ni lengkap dengan dengan kemudahan balai polis,hospital,kedai,hotel,sekolah dan macam-macam lagi. Kami sebenarnya tak sempat nak round pulau ni sebab tak cukup masa..




Hospital di Phi Phi Island



Ni la Phi Phi Island. Cantik pulau ni tapi sayang tak sempat nak explore. Aku suggest sape-sape nak honeymoon baik trus datang kat pulau ni. Tak perlu nak menginap di Ao Nang. Soal makanan halal pun takde masalah kat sini.

Macam yang aku cakap tadi,kami datang kat sini sebab nak lunch dan boleh dikatakan semua agen tour akan membawa tourist makan disini untuk pakej Phi Phi Island Tour.

chongkhao restaurant

Ni la Chongkhao Restaurant, tempat lunch kami hari ni. Bagi yang nak bersolat jangan risau surau disediakan disini.

Makanan kat sini disediakan secara buffet. Lebih cepat korang tiba kat sini lebih bagus. Nak tau sebab apa? Sebab x payah la nak berebut amik makanan kat sini. Ramai giler tourist. Aku angarkan lebih dari 100 orang akan lunch di sini. Kalau nasib tak baik lauk-lauk yang best boleh habis cepat.

Group kami tiba tepat pada masanya. Tak cepat sangat dan tak lambat sangat. ok la..beratur pun xde la lama sangat.

Menu yang disediakan nasi putih,tomyam,spageti,fish cake dan ada lagi la beberapa lauk lain yang aku tak tau nama dia..soal halal jangan risau, In Shaa Allah halal..Restoren in dikendalikan oleh orang islam,lagipun majoriti penduduk pulau ni beragama islam.


ni la menu aku nasi putih,tomyam,fish cake








Stall burger 

















Lepas makan kitaorang keluar jalan-jalan tengok persekitaran pulau di sini. Tak boleh nak pergi jauh sangat sebab pulau ni besar. Lepak-lepak kat tepi pantai sambil layan pemandangan kat sini.

Mod nak merayau sangat pun takde sebab dah penat + kenyang :0)
Lebih kurang pukul 1pm kami meninggalkan Phi Phi Island.
Good bye Phi Phi Island ..









member baru Eric



































Last aktiviti untuk hari, agen bawak kami snorkeling di 2 tempat yang aku tak tau apa nama dia. Selepas snorkeling depa menyediakan buah-buahan dan jus dalam botol.

Lebih kurang pukul 2.30 pm kami meninggalkan tempat snorkeling untuk pulang ke Ao nang









Pukul 3 petang kami tiba di pantai Aonang. Tamat sudah aktiviti-aktiviti kami sepanjang bercuti di Krabi.

Puas rasanya bercuti di sini sebab hari-hari kami padat dengan aktiviti. So malam ni aktiviti santai. Last shopping sebab besok kami akan pulang ke Malaysia.

Bye Krabi.