3rd Day (28/4/15)
Hot Spring Waterfall , Emerald Pool & Elephant Trekking
Hari ketiga..pagi-pagi dah ada missunderstanding sket sebab salah sorang kawan kami salah tengok time, ingatkan travel agen pick up pukul 7.30 am rupanya pukul 8.30 am. Satu jam tunggu travel agen..semua van yang lalu kami sangka agen kami..last tengok kat resit pick up 8.30 am..haha terkena :0)
Untuk aktiviti hari ke tiga kami ambil travel agen
Thepphanom Travel & Tour untuk ke hot spring waterfall, emerald pool dan elephant trekking. Overall perkhidmatan agen ni aku bagi 4 bintang dan suggested, terbaik dan memuaskan. So untuk pakej ni harga dia lebih kurang THB 1600 termasuk makan tengahari dan tiket masuk ke hot spring waterfall,emerald pool dan elephant farm. Pakej ni mungkin mahal, tapi bagi aku berbaloi.
|
tulis nama dulu sebelum bertolak |
Destinasi pertama kami Hot Spring Waterfall. Jauh jugak tempat ni dari hotel kami. Perjalanan sejauh 68.7 km ( 1 jam 45 min ) . Fee entrance untuk masuk kalau tak silap 10 thb. Sebab kami amik pakej semua agen dah uruskan. Masuk jer..
Kalau nak rasa sauna semulajadi ni la tempat dia. Suhu air sekitar 35 c - 42 c. Kalau dah air panas comfirm la bawah dia gunung berapi kan..hehe..aku ada baca dalam satu web, garam mineral yang terkandung dalam air panas ni boleh menyembuhkan beberapa penyakit seperti sakit sendi, sakit kulit dan beberapa penyakit lain.. Betul ke tak wallahualam. Selain aktiviti berendam, ada spa & massage service jugak kat sini..
|
Boleh naik paddle boat di sini |
Kalau korang perasan,laluan air kat sini membentuk seperti kolam-kolam kecil atau tab mandi. Pilih la mane kolam yang tak de orang, berendam la.Kita orang tak mandi pun kat sini. Just rendam-rendam kaki jer. Orang ramai sangat. Lagipun tempat nak tukar baju jauh..nak buat macam mat salleh tukar baju kat situ memang tak la ..hehe..
Kalau dah pergi hot spring waterfall tak lengkap kalau tak pergi ke ' Cystal Pool ' yang berhampiran di Khao Phra Khram Nature Reserve ataupun dikenali sebagai Emerald Pool / Sa Morakot. Kolam yang terbentuk secara semula jadi di dalam hutan. Jarak dari hot spring waterfall tak la jauh sangat, lebih kurang 20 minit perjalanan menaiki van.
Nak sampai ke emerald pool ini, kami kene berjalan sejauh 1.4 km melalui jalan kecil di dalam hutan. Amacam jauh kan..sape tak fit memang sangkut la..Fee entrance 200bth untuk dewasa dan 100 bth untuk kanan-kanak.
Sebelum mula tracking, tour agen kami Harun ada bagi sedikit briefing mengenai laluan ke emerald pool. Dia advise supaya berhati-hati sebab kalau injured susah nak bawa pergi hospital. Emerald pool ni air dia sangat jernih dan sejuk. Memang syok mandi kat sini.
|
Briefing dulu |
|
ni la tourist yang satu van dengan kami |
|
ada beberapa gerai muslim disini |
|
Fee entrance bagi foreigner |
|
perjalanan sejauh 1.4 km bermula |
|
trail ke emerald pool |
Emm dah sampai ke emerald pool..1/2 jam jugak perjalanan..boleh tahan la..Ada satu lagi tarikan menarik kat sini iaitu ' Blue Pool ' .
Blue pool merupakan kolam air semulajadi yang mana airnya bewarna biru. Untuk sampai ke sini memerlukan anda berjalan kaki sejauh 600 meter lagi dan total perjalanan adalah 2km sehala. Kami memilih untuk pergi ke sana sebab nak tengok sendiri macam mana blue pool tu. Rugi rasanya tak tengok sendiri. Untuk pengetahuan tidak di benarkan mandi di blue pool..Di fahamkan airnya panas dan tanah di sekeliling kolam sangat lembik,anda mungkin boleh tenggelam..sangat bahaya..
Bagi sape yang tak larat nak jalan aku suggest kan mandi la di emeral pool jer..dapat mandi lama sket sebab pukul 1pm semua tourist yang amik travel agent kene pegi makan sebab pakej ni termasuk makan tengahari. Bila follow pakej beramai-ramai, pentingnya punchtual supaya tourist yang lain tak bengang nak tunggu kita. Masalahnya kami la selalu tak punchtual..hehe..
|
sungai yang mengalir dari emeral pool |
|
ni la emerald pool |
|
meneruskan perjalanan ke blue pool..600 meter lagi |
|
trail ke blue pool..tepi-tepi tu air mengalir |
|
blue pool |
|
lunch dulu |
Ni la dewan makan yang ada kat situ..Jangan risau makanan kat sini halal..aku ada nampak sijil halal di paparkan. Makanan tengahari kami nasi putih,tom yam,sayur campur,masak lemak putih,sambal,buah-buahan dan air. ok la rasa sket macam makan kat Malaysia bila makan macam ni..Maklum la selama 2 hari ni asyik makan nasi goreng jer..hehe
Sebenarnya kami group paling last sampai kat dewan makan ni sebab sayang sangat nak tinggalkan emerald pool..syok betul berendam..hehe..nasib meja reserve..kalau buffet aku ingat dah setel makanan..
|
Thepphanom Elephant Trekking Camp |
Last aktiviti hari ni,elephant tracking..Thailand dengan gajah memang sinonim kan..kalau tak takkan di panggil negara gajah putih. Jadi kesempatan ni aku nak try naik gajah
Ni la elephant camp kepunyaan syarikat Thepphanom. Tempat ni agak rare jugak..kawasan hutan dan gunung batu..dah macam dalam filem om bak 2 pn ada..hehe..ye la mungkin kawasan sebegini bersesuaian dengan habitat gajah kot
Aku perati ada dalam 3 - 4 ekor gajah kat sini..so tourist kene la tunggu turn dan setiap kali elephant trekking mengambil masa dalam 30 minit.
|
Pelantar nak naik gajah |
|
tempat ikat gajah kot |
|
tunggu turn |
|
cer teka binatang apa tu.. |
|
di dalam kebun getah |
|
geng dari korea |
|
tak tau la apa nama alat ni,tapi setiap pengembala gajah mesti ada alat ni |
Ni la first experience aku menaiki gajah. Pengalaman baru dan mendebarkan. Maklum la naik gajah tu.. 30 minit menunggang gajah, rasa lama jugak..Kami di bawa masuk ke kawasan hutan berhampiran,kebun getah dan masuk tasik,amik gambar then balik ke pelantar gajah.
Sebagai penghargaan terima kasih aku bagi la tips dekat pekerja sebab tolong amik kan gambar.
ok cukup sampai sini dulu..nanti aku story pasal krabi pan cake dan tempat makan murah kat krabi..
chow..