Sabtu, 27 Jun 2015

Travellog Padang - Bukittinggi ( Part 7 ) Istana Basa Pagaruyong

Istana Basa Pagaruyong

Istana Basa Pagar Ruyong bagi aku port wajib yang korang kene pergi jika sampai ke Padang atau Bukittinggi. Sebenarnya istana ini adalah replika dari istana asal kerajaan minangkabau lama. Di bina pada tahun 1976 dan dijadikan muzium. Kompleks istana ini sangat besar. Maklumat mengenai Istana Basa Pagaruyong ini anda boleh cari di sini

Jika anda datang dari Bukittinggi, jarak ke Istana Pagaruyung dlm 50 km dan perjalanan mengambil masa dalam 1 - 2 jam, manakala jika anda datang dari Kota Padang pula jarak perjalanannya 120 km dan mengambil masa lebih kurang 2 - 3 jam.

 Di sebabkan kita orang rushing untuk ke Padang kita orang tak dapat nak explore keseluruhan kompleks istana ini.

Kuanter tiket
Harga tiket Rp 12 000 bagi pelancong dewasa ( bukan warganegara )
Istana Basa Pagar Ruyong

Tempat menyimpan padi



Bahagian dapur istana




kompleks istana ini sungguh besar keluasan dia






Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini antaranya menonton persembahan budaya.Anda juga boleh bergambar di kawasan ini dengan memakai pakaian tradisional orang minangkabau. Tapi kene bayar la..

Kitaorang tak dapat nak spend masa yang lama kat istana ini, sekitar 1 jam lebih sahaja. Masa yang diberikan tak cukup untuk aku menghayati sejarah dan melihat artifak-artifak yang ada dalam istana tersebut. Apa lagi sejarah di sini berkait rapat dengan negeri kelahiran ku Negeri Sembilan :0)..hehe

Gerai-gerai yang terdapat di luar
Banyak cenderahati boleh di beli kat sini